Home >> Pemandu Kedua

Pemandu Kedua
Penting tak masa anda Renew Insurans, nak letak Pemandu Kedua???

Adakah ejen tanya anda:
🙋‍♂‍: Cik, nak letak siapa-siapa jadi pemandu kedua?
🙎‍♀‍ : Ermmm….pemandu kedua? Apa tu?
🙋‍♂‍: Cik boleh letak siapa-siapa (selain owner) yang kerap bawa kereta tersebut. Percuma ja
🙎‍♀‍ : Kenapa saya perlu letak pemandu kedua?
🙋‍♂‍: Ohh. Contoh, kalau kawan cik memandu kereta cik mengalami accident dan nak Claim Insurans. Pihak Insurans tetap akan bayar tuntutan insurans, tetapi kurang bayar RM400 (excess) dari jumlah claim tersebut disebabkan nama dia tidak ada dalam Polisi Insurans.

Jangan Risau, sebenarnya hampir sesiapa sahaja boleh memandu kereta anda asalkan:

1.Individu tersebut mempunyai Lesen Memandu yang sah

2.Individu berkenaan tidak hilang kelayakan memandu dari segi undang-undang (contoh: membawa di bawah pengaruh alcohol / dadah)

3.Polisi Insurans masih aktif ketika kejadian kemalangan berlaku

Kesimpulannya, bagi memasikan kenderaan anda sentiasa dilindungi oleh pihak Insurans dan mengelakkan dendaan bayaran excess RM400 dalam tuntutan, terdapat 2 cara mudah:

1.Memastikan Individu yang kerap membawa kereta anda dinamakan dalam Polisi Insurans sebagai Pemandu Kedua (Second Driver) / Pemandu Ketiga (Third Driver).

Selalunya, Pemandu Kedua diberi secara percuma oleh pihak Insurans / Takaful. Manakala Pemandu Ketiga dan ke-atasnya akan dicaj sebanyak RM10 bagi setiap pemandu yang dinamakan.

2.Ataupun lagi senang, anda boleh mendapatkan Perlindungan untuk Semua Pemandu di dalam polisi insurans kereta anda – ALL RIDER Cover.

Jadi, anda boleh membeli perlindugan Add-On ini bagi semua pemandu agar tidak perlu berdepan risiko tanggung Excess RM400 masa tuntutan insurans.

--------------------------------------------------------------------

Kami Banding Anda Jimat ~ Sebanyak 12 Syarikat Insurans bagi pilihan anda. Dapatkan Sebut Harga sekarang:

📱Whatapps:012-4089393

GET FREE QUOTE


🏛️Pejabat HQ
No 5, Taman Seri Belida, Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar Kedah

🏛️Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone : 04-7309393

🏛️Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone : 04-4422393

🖥️Website: www.tkthank.com.my
Go to About Us to explore more
Or click below to renew road tax
About Us
Renew Roadtax